Bantuan PEMULIH berjumlah RM150 bilion - Utusan Malaysia

Bantuan PEMULIH berjumlah RM150 bilion

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PEMULIH bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Menerusi fokus pertama kata Perdana Menteri, kerajaan komited meneruskan agenda prihatin rakyat dengan menyalurkan Bantuan Tunai Langsung sehingga hujung tahun ini bernilai RM10 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN