Bale puas raih satu mata - Utusan Malaysia

Bale puas raih satu mata

KAPTEN Wales Gareth Bale berpuas hati dengan semangat juang ditunjukkan rakan sepasukannya.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU, Azerbaijan : Kapten Wales, Gareth Bale mengakui pasukannya bermain dengan berani untuk mengikat Switzerland 1-1 pada perlawanan Kumpulan A kempen Euro 2020 di Stadium Olimpik, hari ini.

Jaringan penyamaan penyerang Wales, Kieffer Moore pada minit ke-74 berjaya memadam kelebihan gol pembukaan Breel Embolo, empat minit selepas bermula babak kedua.

“Sejujurnya ia perlawanan yang sukar dan kedua-dua pasukan mahu meraih mata.

“Kami tidak terlalu kecewa dengan keputusan seri ini kerana ia permulaan yang positif, kami mempunyai peluang begitu juga dengan lawan.

“Perkara terbaik adalah apabila ketinggalan 1-0, kami menunjukkan karektar sebenar untuk bangkit semula mencari gol penyamaan.

“Kami harus bekerja lebih keras bagi menghadapi aksi seterusnya,” kata Bale.

Switzerland hampir meraih tiga mata namun jaringan penyerang, Mario Gavranovic dibatalkan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati dia berada dalam kedudukan ofsaid.

“Sejak beberapa tahun lalu, saya bencikan VAR, tetapi mulai saat ini, saya suka dengannya. Ia permainan yang adil,” kata pemain tengah Wales, Joe Allen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya