500 anggota polis serbu pejabat akhbar Apple Daily - Utusan Malaysia

500 anggota polis serbu pejabat akhbar Apple Daily

POLIS Hong Kong tiba di pejabat akhbar Apple Daily, pagi tadi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Seramai 500 anggota polis menyerbu pejabat akhbar prodemokrasi, Apple Daily hari ini dengan mendakwa beberapa laporan berita dihasilkan syarikat media itu melanggar undang-undang keselamatan negara.

Lapor BBC, polis menyerbu premis pejabat Apple Daily kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) dan menyekat semua pintu masuk dan keluar.

Akhbar itu turut menyiarkan rakaman langsung serbuan itu di akaun Facebooknya.

Polis juga menahan Ketua Pengarangnya, Ryan Law dan empat eksekutif di rumah mereka.

Eksekutif tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Next Digital, Cheung Kim-hung bersama Ketua Pegawai Operasinya, Chow Tat-kuen, Penerbit Apple Daily, Chan Pui-man serta Pengarah, Cheung Chi-wai.

Next Digital merupakan syarikat induk Apple Daily.

Pihak berkuasa turut membekukan aset bernilai AS$ 2.3 juta (RM9.5 juta) yang dimiliki tiga syarikat berkaitan Apple Daily.

Akhbar itu dimiliki oleh taikun media Hong Kong, Jimmy Lai yang kini dipenjara atas beberapa tuduhan.

Apple Daily dikenali sebagai akhbar yang lantang mengkritik kepimpinan China.

Sementara itu, polis dalam sidang akhbar berkata, sejak 2019, Apple Daily telah menyiarkan lebih 30 laporan berita yang mendesak negara asing untuk mengenakan sekatan terhadap Hong Kong dan China.

Jelas polis, pihaknya sudah membeku aset milik Apple Daily Limited, Apple Daily Printing Limited dan AD Internet Limited.

Puluhan aktivis terkemuka ditahan sejak undang-undang keselamatan baharu Beijing yang diperkenalkan tahun lalu. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya