209 anggota, pegawai di SJR Klang Utara - Utusan Malaysia

209 anggota, pegawai di SJR Klang Utara

NURULHUDA MOHD. SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebanyak 209 anggota dan pegawai dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan 18 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam penugasan di sekatan jalan raya (SJR) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya akan membuat dua SJR iaitu di Plaza Tol Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE) Bukit Raja (dari arah Klang ke Shah Alam) dan Batu 13 Jalan Kapar (dari arah Kuala Selangor ke Klang).

“Kita juga akan menutup tiga jambatan di Klang supaya orang ramai tidak mengelak SJR yang dilakukan di Jambatan Musaeddin (Jalan Batu Tiga Lama), Jambatan Raja Nala (Jalan Tanjung Syawal) dan Jambatan Besi (Pengkalan Batu).

“Pada masa sama, lapan pasukan akan terlibat dengan SJR bergerak di 24 kawasan dalam kawalan IPD Klang Utara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan lebih 600 sekatan jalan raya pada PKP kali ini.

Beliau berkata, pihaknya mungkin menambah lebih banyak SJR sekiranya diperlukan bagi mengekang orang awam merentas negeri dan daerah melalui jalan tikus.

Sementara itu, Nurulhuda berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 35,924 permohonan untuk merentas negeri daripada orang awam dari Januari hingga Mei.

“Bagaimanapun, 1,228 permohonan yang tidak diluluskan kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PDRM.

“Sepanjang Januari hingga 31 Mei, sebanyak 1,255 kompaun telah dikeluarkan melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (​SOP) Covid-19 seperti tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga penjarakan fizikal, tidak mengimbas kod MySejahtera dan beberapa kesalahan lain,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN