163 kes rentas kawasan, makan di premis - Utusan Malaysia

163 kes rentas kawasan, makan di premis

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam merekodkan 696 individu diberkas dengan 671 daripadanya dikompaun manakala 25 lagi direman.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan tertinggi ialah merentas kawasan dan makan di premis dengan 163 kes diikuti tidak memakai pelitup muka sebanyak 156 kes.

“Ia disusuli kesalahan lazim iaitu gagal merekod butiran (118), tiada penjarakan fizikal (107), tidak patuh arahan PKP (58), membawa penumpang berlebihan (36) dan lain-lain lagi (58),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, seramai 25 pendatang asing tanpa izin turut ditahan dan 14 kenderaan darat dirampas melalui Operasi Benteng selain 150 bot atau kapal dicurigai dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui 12 aktiviti penglihatan pasukan keselamatan.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 349 individu telah tiba di tanah air semalam dengan kesemua mereka diarah kuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 556 peruncit, 157 pemborong dan 32 pengilang termasuk melakukan sejumlah 1,432 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan hanya 20 premis yang dikenakan kompaun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN