Tun M tak imbas MySejahtera, polis buka kertas siasatan - Utusan Malaysia

Tun M tak imbas MySejahtera, polis buka kertas siasatan

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melakukan imbasan MySejahtera ketika menghadiri satu majlis di Kuala Triang, Langkawi baru-baru ini.

Memetik laporan Malaysia Gazette,  Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, siasatan dibuat berdasarkan satu video tular menunjukkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu tidak mengimbas MySejahtera ketika hadir sebuah majlis pada 8 Mei lalu.

“Hasil siasatan mendapati beliau hadir ke satu majlis di Surau Raudhatul Jannah, Kuala Teriang di sini pada pagi Sabtu lalu.

“Siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/Peraturan 16, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)2021,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya