Tiga terselamat kejadian pokok tumbang dekat Muzium Negara - Utusan Malaysia

Tiga terselamat kejadian pokok tumbang dekat Muzium Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lelaki termasuk seorang warga tempatan terselamat dalam kejadian pokok tumbang di tepi jalan menghala pusat bandar dari arah KL Sentral berhampiran Muzium Negara, dekat sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3.05 petang itu dipercayai berlaku akibat hujan serta angin kencang sehingga menyebabkan pokok tersebut tumbang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komsioner Anuar Omar berkata, ketika kejadian, sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki dua warga asing dan sebuah motosikal ditunggang lelaki tempatan yang melalui laluan itu turut dihempap pokok tersebut.

“Akibat daripada itu, penunggang motosikal cedera ringan pada bahagian kaki manakala kedua pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.”

“Lelaki yang cedera itu kini dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Anuar, kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan oleh pihak berwajib dan trafik dijangka beroperasi semula seawal pukul 7 malam ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan beberapa kenderaan rosak akibat kejadian pokok tumbang di Muzium Negara dekat sini.

Insiden itu turut tular dalam media sosial dan kesesakan lalu lintas dipercayai berlaku di lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya