Taufan Yaas dijangka landa India, Rabu ini - Utusan Malaysia

Taufan Yaas dijangka landa India, Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLKATA: India bakal dilanda ribut taufan kuat di bahagian timur negara itu selepas menyaksikan peningkatan angka kematian sejak ribut ganas melanda minggu lalu.

Jabatan Meteorologi India memberi amaran angin kencang akan bergerak ke arah utara membentuk taufan di Teluk Bengal, sebelum menyerang negeri-negeri di bahagian timur Bengal Barat dan Odisha, Rabu nanti.

Jelas jabatan itu, ribut boleh bergerak pada kelajuan 165 kilometer (km)/jam serta mencecah 185 km/jam yang disifatkan sebagai ribut siklon yang sangat teruk.

Pihaknya turut memberi amaran mengenai ribut taufan setinggi empat meter di kawasan pesisir pantai.

Sehubungan itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata, beliau mempengerusikan mesyuarat mengenai bencana yang semakin dekat itu dengan pasukan tentera dan bencana dikerahkan membantu persiapan serta operasi menyelamat.

Taufan Yaas dijangka melanda negara itu selepas taufan Tauktae yang merupakan ribut tropika pertama melanda Gujarat, Isnin lalu.

Angka kematian akibat ribut taufan itu meningkat kepada 140 orang selepas taufan melanda pelantar minyak di Mumbai. -AFP

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya