Takaful Ikhlas beri sumbangan kepada petugas IKN - Utusan Malaysia

Takaful Ikhlas beri sumbangan kepada petugas IKN

Petugas barisan hadapan Institut Kanser Negara (IKN) bersama mangkuk tingkat daripada Takaful IKHLAS.- Ihsan Takaful
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) telah mengagihkan juadah Aidilfitri yang disediakan dalam mangkuk tingkat kepada petugas-petugas di Institut Kanser Negara (IKN).

Sebanyak 200 mangkuk tingkat berisi juadah seperti kuih bahulu, aneka biskut raya dan kek telah diagihkan kepada petugas terbabit melalui program Mangkuk Tingkat Ikhlas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, program tersebut adalah sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada doktor, jururawat, pembantu perubatan serta kakitangan sokongan IKN yang telah bekerja keras setiap hari demi menjaga kesihatan para pesakit.

“Itu merupakan cara kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka, ‘the unsung hero’.

“Melalui program itu, Takaful dapat menyalurkan dana hasil sumbangan daripada sebahagian peserta Takaful kepada petugas barisan hadapan.

“Harapnya, sumbangan itu dapat merealisasikan hasrat para peserta Takaful agar kami dapat menyalurkan sumbangan tersebut untuk tujuan kebajikan,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, sumbangan itu diharap dapat menceriakan para petugas barisan hadapan yang tidak jemu berbakti serta dapat menyuntik kegembiraan dalam kalangan mereka sempena menyambut kedatangan Aildilfitri.

Program Mangkuk Tingkat Ikhlas itu adalah salah satu aktiviti di bawah Ikhlas Barakah House yang merupakan inisiatif pengumpulan dana patuh syariah yang bertujuan untuk menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat.

Dana itu dikumpul melalui bantuan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang merangkumi penglibatan ekonomi dengan lima fokus utama iaitu pemerkasaan bidang pendidikan, ekonomi, masyarakat, kesihatan dan juga alam sekitar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.