Tajuddin digesa tarik sokongan terhadap PN - Utusan Malaysia

Tajuddin digesa tarik sokongan terhadap PN

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digesa menarik sokongannya terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berikutan pemecatannya sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) semalam.

Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang meminta Tajuddin segera berbuat demikian.

Bagaimanapun, gesaan beliau itu dilihat seolah-olah sebagai satu tindakan protes untuk menyatakan pemecatan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, sebagai tidak patut.

“Tunggu apa lagi Tajuddin. Kamu sudah dipecat sebagai Pengerusi Prasarana. Umum segera ‘tarik sokongan’ terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. #TakutApaLagi,” katanya dalam Facebook hari ini.

Berita pemecatan Tajuddin semalam tersebar selepas sepucuk surat ditandatangani Tengku Zafrul tular dalam media sosial.

AHMAD MASLAN

Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam Facebooknya secara ringkas menjelaskan kerajaan mempunyai hak untuk menentukan kepimpinan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Prasarana dengan menyifatkan jawatan lantikan politik hanya sementara.

Malah, beliau juga dilihat mengakui Tajuddin melakukan kesilapan untuk memberi maklumat kepada orang awam berhubung insiden yang mengakibatkan 47 penumpang parah dan 166 cedera ringan itu.

“Jawatan dalam politik ini hanya sementara. Apa juga pun jawatan. Paling lama mungkin 22 tahun. Boleh jadi 22 bulan. Jawatan di #Prasarana itu lantikan Tengku Zafrul dan beliau berhak tamatkan.

“Manusia mana ada yang sempurna. Saya doakan yang terbaik utk Tajuddin dan menteri juga,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN