Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam letupan bom kereta di timur Afghanistan

Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam letupan bom kereta di timur Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUL-E-ALAM (Afghanistan) – Sekurang-kurangnya 30 orang awam terbunuh dan 70 yang lain cedera dalam kejadian letupan bom kereta yang menggegarkan jalan raya yang sesak di luar sebuah hospital wilayah di Pul-e-Alam, ibu kota Logar timur Afghanistan. pada Jumaat.

Sumber memberitahu agensi berita Xinhua, maklumat awal mendapati pengebom bunuh diri meledakkan bom kereta kira-kira pukul 6.50 petang waktu tempatan, beberapa minit selepas waktu berbuka puasa pada bulan suci Ramadan.

“Angka kematian mungkin meningkat kerana banyak yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Bangunan dan ambulans hospital utama wilayah juga musnah akibat letupan,” katanya.

Beberapa anggota perubatan juga terjejas. Ambulans dari hospital swasta dan daerah berdekatan bergegas ke lokasi untuk membantu mangsa, kata sumber itu.

Menurutnya, kebanyakan mangsa adalah pelajar yang berasal dari daerah Logar yang sedang mengikuti ujian masuk universiti dan mereka berkumpul di restoran kecil di sekitar hospital untuk berbuka puasa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Awam, Dastagir Nazari memberitahu wartawan, bahawa hanya lima orang terbunuh dan 60 cedera.

Katanya, puluhan ambulans dihantar dari ibu negara Kabul ke Pul-e-Alam, yang terletak sekitar 60km ke selatan Kabul.

Bekalan elektrik juga terputus di kawasan itu ekoran  letupan merosakkan tiang elektrik.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya