PKPD: Operasi feri Kuala Kedah-Langkawi dihentikan - Utusan Malaysia

PKPD: Operasi feri Kuala Kedah-Langkawi dihentikan

Operasi feri laluan Kuala Kedah-Langkawi dihentikan sepanjang tempoh PKPD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah di sini ditutup dan tiada perkhidmatan feri bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di daerah Kota Setar bermula esok hingga 1 Jun ini.

Jabatan Laut (JLM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, penutupan terminal itu selaras dengan larangan semua jenis pergerakan keluar dan masuk ke kawasan PKPD.

“Justeru, Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah yang di bawah seliaan JLM akan ditutup dan tiada perkhidmatan feri Kuala Kedah-Langkawi sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu menambah, perkhidmatan kargo antara Kuala Kedah-Pulau Langkawi masih diteruskan.

“Perkhidmatan perlu bagi pengangkutan laut masih mempunyai alternatif menggunakan feri membawa penumpang dan kenderaan jenis Roll On Roll Off (RORO) di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis yang tidak termasuk sebagai lokaliti PKPD,” ujarnya.

Tambahnya, kerjasama antara JLM dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan polis sentiasa dikemas kini dalam memastikan pematuhan SOP sepanjang perjalanan dan keselamatan penumpang terkawal dan terjaga. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya