MAHB bantu lebih 1,000 keluarga B40 - Utusan Malaysia

MAHB bantu lebih 1,000 keluarga B40

Pengurus Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Che Sulaiman Che Pa menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan #MYAirportCARES Ceria Ramadan. - Ihsan MAHB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menerusi program tanggungjawab korporatnya, #MYAirportCARES Ceria Ramadan telah membantu lebih 1,000 keluarga B40 dari tiga negeri termasuk 290 keluarga di Terengganu dengan memberi sumbangan keperluan asas.

Sejumlah RM48,140 telah diperuntukkan bagi pemberian sumbangan kepada 290 keluarga di Terengganu bertujuan untuk meringankan beban golongan ibu atau bapa tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta komuniti lapangan terbang yang terkesan berikutan penularan wabak Covid-19.

Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, selaras dengan janji penjenamaan organisasi untuk menjalin hubungan ceria, pihaknya amat prihatin dengan situasi yang sedang dihadapi oleh masyarakat.

“Kami sedar tanggunjawab organisasi bukanlah sekadar sebagai pengendali lapangan terbang.

“Justeru, kami ingin memberi manfaat kepada komuniti lapangan terbang daripada pelbagai segi termasuklah dalam memastikan keperluan asas mereka dipenuhi,” katanya dalam kenyataan dekat sini semalam.

MAHB memberitahu, penyerahan pek barangan yang dilakukan pada 5 Mei lalu itu diwakili dan disampaikan oleh Pengurusnya, Sulaiman Che Pa kepada 30 penerima yang telah dibuat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Menurutnya, setiap pek sumbangan mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak, gula, susu, makanan kering dan pelitup muka .

Jelasnya, sebelum Kuala Terengganu, komuniti di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA); Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar telah menerima sumbangan juga.

“Seramai 759 keluarga B40 telah terlebih dahulu menerima sumbangan pek keperluan asas baru-baru ini.

“Sebagai bukti komitmen organisasi kepada komuniti tempatan berhampiran lapangan-lapangan terbang di bawah kendalian kami, program itu turut akan berlangsung di Sabah dan Sarawak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya