Kes gaduh: Lan Pet Pet sudah buat laporan polis - Utusan Malaysia

Kes gaduh: Lan Pet Pet sudah buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak Lan Pet Pet telah membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan yang berlaku dengan penghantar makanan di hadapan Kedutaan Rusia, Kuala Lumpur.

Malaj polis juga meminta orang ramai yang menyaksikan insiden itu untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan perkata itu bahawa pihaknya telah menerima laporan daripada Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet.

“Kejadian ini berlaku pada 1 Mei kira-kira pukul 6.30 petang dan telah tular di media sosial dalam rakaman 23 saat.

“Berdasarkan rakaman video itu, pergaduhan artis itu dengan seorang penghantar makanan dikatakan tercetus akibat selisih faham di jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun setakat ini, penunggang motosikal terbabit masih belum tampil membuat laporan .

Ashari meminta individu tersebut memberi kerjasama dengan tampil membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan.

“Selain itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

Baru-baru ini video seorang lelaki mirip pelawak, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya