Kemalangan LRT: Agong zahir dukacita - Utusan Malaysia

Kemalangan LRT: Agong zahir dukacita

agong
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH puji pelan jaga kesihatan mental rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan terkejut dengan kemalangan membabitkan pelanggaran dua tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, Seri Paduka mendoakan semoga semua mangsa kemalangan tersebut termasuk enam orang yang dilaporkan kritikal serta 15 lagi separa kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL), dikurniakan kesembuhan segera.

“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana kesemua penumpang dalam kemalangan tersebut dapat dikeluarkan dari tempat kejadian dan dibawa ke HKL dengan segera bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menyifatkan kejadian yang menimpa kelmarin sebagai serius, Seri Paduka menzahirkan setinggi penghargaan kepada para petugas keselamatan dan kecemasan atas kepantasan serta kesungguhan mereka dalam usaha menyelamat dan merawat mangsa-mangsa kemalangan terbabit.

“Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar pihak-pihak berkaitan memberikan keutamaan kepada mangsa-mangsa kemalangan, khususnya dalam bentuk rawatan menyeluruh dan kebajikan mereka.

“Seri Paduka menzahirkan harapan agar insiden tersebut dijadikan iktibar kepada semua pihak berkaitan untuk memastikan ia tidak berulang di masa hadapan bagi memastikan keselamatan para penumpang terjamin dan dipelihara dengan sebaiknya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN