Kayu balak luar biasa dari Terengganu ke Selangor - Utusan Malaysia

Kayu balak luar biasa dari Terengganu ke Selangor

PENGUAT kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) membuat pemeriksaan ke atas lori yang membawa kayu balak saiz luar biasa di Hentian Rehat dan Rawat Gombak arah barat. - FB JPNP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kayu balak luar biasa dan mencurigakan seperti ditularkan dalam laman media sosial Facebook semalam dipercayai dalam perjalanan dari Terengganu menghala ke sebuah kilang kayu di Selangor.

Pemeriksaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mendapati, maklumat lori dan kayu yang dibawa adalah bersamaan dengan yang dinyatakan dalam pas pemindah dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Difahamkan, muatan kayu balak berkenaan dihantar ke sebuah kilang di Selangor.

JPNP dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya menahan lori seperti ditularkan berkenaan di Hentian Rehat dan Rawat Gombak arah Barat.

Menurut kenyataan itu, hasil semakan mendapati, lori balak tersebut membawa muatan kayu balak sepertimana disebut dalam Facebook berkenaan.

“Pejabat ini amat menghargai aduan yang dibuat namun berharap, agar ia disalurkan secara terus ke mana-mana jabatan atau agensi kerajaan bersesuaian termasuk JPNP agar tindakan pantas dapat diambil.

“Jabatan ini sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap semua aduan yang dilaporkan bagi memastikan tindakan tegas dan segera diambil demi menjaga memelihara khazanah hutan negeri,” kata kenyataan berkenaan.

Semalam, tular dalam laman sosial Facebook sebuah lori membawa kayu balak luar biasa yang dirakam ketika berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh Arah Barat, Lebuh Raya Pantai Timur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya