JHEAINS tangguh permohonan kebenaran berkahwin - Utusan Malaysia

JHEAINS tangguh permohonan kebenaran berkahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) membuat keputusan menangguhkan semua jenis permohonan kebenaran berkahwin bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Zaidi Ramli menerusi surat pekeliling memaklumkan, keputusan itu diambil berikutan penularan dan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, jelasnya, bagi pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin sebelum tarikh itu dibenarkan meneruskan perkahwinan.

“Namun, majlis akad nikah hendaklah dilaksanakan di JHEAINS atau pejabat agama Islam daerah bergantung kepada kokosongan tarikh dijadualkan.

“Bagi yang telah menghantar permohonan kebenaran berkahwin sebelum tempoh penangguhan dilaksanakan tetapi belum mendapat kebenaran tersebut, tidak perlu membuat permohonan baru sebaliknya perlu menghubungi pejabat agama Islam daerah bagi mendapatkan kebenaran selepas tamat tempoh penangguhan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, JHEAINS masih menerima pakai keputusan saringan HIV yang hanya sah selama enam bulan sebelum ini melalui pelanjutan tempoh sah lakunya sehingga tiga bulan selepas PKP.

“Bagaimapun, pemohon perlu ke pejabat agama Islam daerah masing-masing untuk mendapatkan pelanjutan tempoh berkenaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN