Indonesia sudah jumpa pengganti KRI Nanggala-402 - Utusan Malaysia

Indonesia sudah jumpa pengganti KRI Nanggala-402

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia dikatakan telah menemukan pengganti kapal selam  KRI Nanggala-402 berkubur di laut Bali pada kedalaman 838 meter bersama 53 anak kapalnya minggu lalu.

Menteri Pertahanan republik itu, Prabowo Subianto dikhabarkan akan membeli kapal selam kelas Riachuelo sebagai pengganti.

Sebelum ini Prabowo dikatakan akan membeli kapal selam jenis  Scorpene yang dibina oleh syarikat Perancis,  DCNS Naval Group.

Selain kapal selam kelas Scorpene  tersebut, Prabowo juga merisik kapal selam buatan Jerman U-214 untuk menggantikan KRI Nanggala-402.

Scorpene adalah kapal selam kelas penyerang kelas diesel elektrik yang dilengkapi dengan propelar diesel dan propelar udara-bebas tambahan (AIP).

Kapal selam Scorpene terdiri daripada empat varian iaitu  CM-2000 ( kapal selam lektrik diesel konvensional 61,7 meter) AM-2000 (70 meter), CA-2000, dan S-BR (75 meter).

Pada Desember 2020, media melaporkan bahawa Indonesia sedang dalam pembincangan dengan Naval Group untuk varian kapal selam kelas Riachuelo.

“Pejabat dari kementerian pertahanan Indonesia sedang berbincang dengan konsortium yang dipimpin oleh pembuat kapal Perancis Naval Group untuk kemungkinan pesanan kapal selam kelas Riachuelo (Scorpene yang diubah suai),” demikian menurut laporan tersebut.

Kapal selam Riachuelo adalah kapal selam dari kelas Scropene yang sudah diubah suai..

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya