Ibu bapa punca anak dijangkiti Covid-19 boleh disiasat

Ibu bapa punca anak dijangkiti Covid-19 boleh disiasat

DR. DHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ibu bapa yang ingkar hingga menyebabkan golongan berisiko tinggi terutama kanak-kanak dijangkiti Covid-19 boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta 342.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihak berkuasa boleh membuka kertas siasatan ke atas mana-mana individu termasuk ibu bapa yang sengaja dan masih dedahkan anak mereka.

“Berdasarkan rekod, kebanyakan kanak-kanak di bawah 20 tahun dijangkiti Covid-19 pada tahap satu, dua dan tiga.

“Buat masa ini, tahap empat dan lima yang memerlukan seseorang itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) atau memerlukan bantuan pernafasan, belum dikesan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Penyelaras PICK merangkap yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin secara maya, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.