Enam ahli kumpulan Geng Tam pencah rumah dipenjara

Enam ahli kumpulan Geng Tam pecah rumah dipenjara

DUA wanita ahli kumpulan Geng Tam, Siti Salbiah Awang (kanan) dan Nurul Izzatie Ruslizan (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas kesalahan pecah rumah di Persiaran Aman Jaya, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, hari ini. - FOTO/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Empat lelaki dan dua wanita ahli kumpulan ‘Geng Tam’ dijatuhi hukuman penjara selama empat hingga 11 bulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pecah rumah di Persiaran Aman Jaya, Bandar Amanjaya di sini, pada 22 April lalu. 

Tertuduh, Mohd. Shahir Harun, 32; Muhamad Fahmi Adnan, 24; Mohd. Zainol Rashidie Abdul Ghani, 26; Rosli Hamid, 54, serta dua wanita, Siti Salbiah Awang, 35, dan Nurul Izzatie Ruslizan, 24, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Nadhirah Abdul Rahim.

Mengikut kertas pertuduhan, keenam-enam tertuduh didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas telah mencuri peralatan rumah dan dapur di rumah milik Mohd. Husainizam Husain, 44, di Bandar Amanjaya di sini antara pukul 2 pagi hingga 2 petang pada 22 April lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, dua tertuduh, Mohd. Shahir dan Rosli Hamid turut didakwa di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan atas kesalahan melupuskan barangan curi berupa sebuah televisyen jenama Sharp pada tarikh dan hari yang sama di Kampung Pengkalan Lebai Man di sini.

Tertuduh, Mohd. Shahir dijatuhkan hukuman penjara selama 11 bulan untuk tiga pertuduhan manakala Rosli Hamid pula dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan bagi dua pertuduhan di bawah kedua-dua seksyen.

Sementara itu, Muhamad Fahmi dan Mohd. Zainol dijatuhkan hukuman selama lima bulan penjara manakala dua tertuduh wanita, Siti Salbiah dan Nurul Izzatie dijatuhkan hukuman selama empat bulan penjara di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Kesemua hukuman penjara berjalan dari tarikh sabitan hari ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya, Nurul Husnah Omar dan Zulfadzly Hassan manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya