Empat peniaga dikompaun kerana gagal patuh SHMMP 

Empat peniaga dikompaun gagal patuh SHMMP 

PENGUAT kuasa KPDNHEP cawangan Sepang menyiasat aduan pelanggaran pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Selangor mengeluarkan kompaun kepada empat peniaga di negeri itu setakat ini kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2021. 

Ketua Pegawai Penguat kuasa Pejabat KPDNHEP Negeri Selangor, Aminuddin Muhammad berkata, tindakan itu dikenakan selepas penguat kuasa kementerian cawangan Sepang menyiasat aduan-aduan yang diterima dalam daerah Sepang dan Kuala Langat. 

“Sehingga kini sejumlah 436 pemeriksaan dijalankan dan sebanyak enam aduan diterima oleh KPDNHEP Cawangan Sepang. 

“Berdasarkan rekod, seramai empat peniaga di Selangor dikenakan tindakan pengkompaunan setelah didapati melakukan pelbagai kesalahan sepanjang pelaksanaan SHMMP HRP yang berakhir esok,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini. 

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu iaitu dengan tiga kes dan satu kes menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum. 

Aminuddin berkata,  SHMMP bertujuan melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan, menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan dan memastikan pengguna mudah memperoleh barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan. 

“Sehubungan itu, peniaga perlu bersama-sama melaksanakan kewajipan mereka dengan meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal yang mana label tersebut menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan serta tidak menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan,” katanya. 

Orang awam boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEP melalui portal [email protected] atau emel [email protected] selain boleh melapor di mana-mana pejabat cawangan KPDNHEP Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya