Badan KRI Nanggala 402 yang pecah terpisah 47 meter di dasar laut -

Badan KRI Nanggala 402 yang pecah terpisah 47 meter di dasar laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR: Badan kapal selam KRI Nanggala 402 yang karam di perairan Bali pecah kepada tiga bahagian dan terpisah antara satu sama lain di dasar laut.

Panglima Komando Armada II Laksamana Muda TNI Iwan Isnurwanto berkata, jarak antara badan KRI Nanggala 402 yang tenggelam di utara Laut Bali terpisah hingga 47 meter antara satu sama lain di dasar laut.

Katanya, ketika operasi pencarian, KRI Rigel bersama dengan MV Swift Rescue telah mendapatkan data bawah laut sudah mengenal pasti kedudukan KRI Nanggala tetapi gambaran tersebut masih belum lengkap.

Namun katanya, koordinat sudah ada bagi memudahkan pencarian lebih lanjut.

“Data KRI Rigel diteruskan MV Swift Rescue dari Singapura untuk memastikan di mana kedudukan yang sebenarnya. Selanjutnya, setelah dilaksanakan identifikasi lebih lanjut maka bahagian-bahagian KRI Nanggala telah ditemukan di mana kedudukan  dari bow section atau haluan, sail section atau anjungan dan stern section atau buritan,” kata Iwan dalam sidang akhbar di sini hari ini seperti dipetik dari detik.com.

Ketika ini katanya , mereka sudah mengetahui berapa jarak sebenarnya antara bahagian satu dengan yang lainnya.

Menurutnya, jarak antara haluan dan anjungan badan KRI Nanggala-402 lebih kurang 107 meter.

Kemudian, kata Iwan, jarak antara dan haluan dengan datum di mana perkiraan kapal selam mengalami kedaruratan lebih kurang 47 meter. Sementara jarak antara stern atau buritan dengan swirl section itu lebih kurang 36 meter.

Iwan menceritakan, proses pencarian KRI Nanggala-402 telah melibatkan banyak pihak, baik dari dalam mahupun luar negara.

Bantuan diberikan oleh negara-negara sahabat di antaranya dari Singapura, Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya