AS jangka satu daripada tiga rakyatnya dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

AS jangka satu daripada tiga rakyatnya dijangkiti Covid-19

PASUKAN kesihatan melakukan sanitasi di sebuah ladang ternakan ayam di bandar Takahashi, wilayah Okayama, Jepun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kira-kira 35 peratus daripada rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah dijangkiti virus Covid-19 sejak setahun lalu, demikian menurut kajian oleh Pusat Pengawalan Wabak (CDC) negara itu.

CDC menjangka dari Februari 2020 hingga Mac tahun ini, 114.6 juta rakyat AS telah dijangkiti pandemik itu, dengan 97.1  juta menunjukkan simptom sakit dan 5.6 juta dimasukkan ke hospital disebabkan Covid-19.

Pada masa ini jumlah rakyat AS ialah kira-kira 330 juta, berdasarkan laman web biro bancian. Jumlah penduduk dijangkiti Covid-19 yang dijangka oleh CDC ialah kira-kira 35 peratus daripada keseluruhan populasi atau lebih kurang seorang penghidap Covid-19 dalam setiap tiga orang rakyatnya.

Dalam kalangan yang dijangkiti itu pula, 50 peratus adalah yang berumur antara 18 dan 49 tahun dan 23 peratus yang lebih muda. Manakala yang dimasukkan ke hospital pula, 47 peratus dianggarkan berumur 65 tahun atau lebih. – Xinhua

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya