7 Geng Nantha Kumar didakwa terlibat kumpulan jenayah terancang 

7 Geng Nantha Kumar didakwa terlibat kumpulan jenayah terancang 

TUJUH individu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang Geng Nantha Kumar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai tujuh individu yang diburu sejak tahun 2018 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nantha Kumar’.

Mereka yang didakwa ialah Gunasegaran, 32; Muhammad Firdaus Abdullah, 28; Rahuljeet Singh, 28; P. Kamal Raj, 27; N. Pubalan, 31; S. Kumaran, 35, dan G. Prem, 23 

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Nantha Kumar dan melakukan kesalahan itu di daerah Kinta antara Ogos 2018 hingga Februari 2020.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abd. Rahman dan Mohd. Farhan Aliff Ahmad manakala hanya enam tertuduh kecuali Pubalan diwakili peguam.

Sementara itu, Rohaiza ketika ditemui pemberita memberitahu, mahkamah menolak permohonan jamin terhadap semua tertuduh atas alasan boleh dibuat di Mahkamah Tinggi.

Tarikh sebutan semula kes pada 8 Jun ini.

Media baru-baru ini melaporkan, polis menahan tujuh individu termasuk ketua kumpulan Geng Nantha Kumar yang aktif melakukan samun berkumpulan dan pecah rumah sejak 2017 pada 9 April lalu.

Kesemua suspek ditahan dalam Op Fulica melalui risikan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang (D14) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Ipoh, Sungai Siput dan Pulau Pinang.

Siasatan mendapati kesemua mereka terlibat dengan jenayah serius sejak tahun 2017 hingga 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya