PUTRAJAYA: Malaysia masih kekal dengan kes positif Covid-19 melebihi 6,000 kes iaitu 6,509 kes sekali gus mengatasi 3,452 kes sembuh manakala Selangor terus menjadi penyumbang terbesar iaitu 2,049 kes.
Sebanyak 61 kematian manakala kes aktif menunjukkan peningkatan iaitu 57,022 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 711 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 369 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, selain Selangor yang terus menunjukkan peningkatan kes positif, majoriti negeri lain pula turut mengikut jejak yang sama dengan hampir kesemuanya merekodkan kes melebih 200 kes.
“Negeri yang merekodkan kes melebih 400 iaitu Sarawak, 530 kes; Kuala Lumpur, 468 kes; Johor, 468 kes; Kelantan, 451 kes diikuti Pulau Pinang, 384 kes; Kedah, 348 kes; Negeri Sembilan, 329 kes; Melaka, 329 kes; Terengganu, 263 kes; Pahang, 257 kes; Perak, 231 kes; Sabah, 184 kes dan Labuan, 171 kes.
“Bagi Putrajaya pula, 40 kes manakala Perlis, tujuh kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE










