Wanita cedera diserang beruk ketika joging di Taman Tasik Taiping

Wanita cedera diserang beruk ketika joging

KECEDERAAN yang dialami seorang wanita akibat diserang seekor beruk ketika sedang berjoging di Taman Tasik Taiping, Taiping, Sabtu lalu. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Seorang wanita cedera parah pada betis kiri dipercayai diserang seekor beruk ketika sedang berjoging di Taman Tasik Taiping, di sini kelmarin.

Satu video klip berdurasi 13 saat yang memaparkan kecederaan dialami mangsa hingga terpaksa dipapah, tular dalam media sosial.

Dalam kejadian itu, seekor beruk jantan dikatakan telah menyerang wanita terbabit dan menggigit betis kirinya.

Ekoran kejadian itu, satu mesej tular di aplikasi WhatsApp meminta penduduk berhati-hati apabila kumpulan beruk mengganggu pengunjung di lokasi riadah itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, anggota Perhilitan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima aduan awam.

Katanya, tinjauan dijalankan bagi menangkap haiwan tersebut namun tidak menjumpai kumpulan beruk di kawasan riadah berkenaan.

“Kita telah menjalankan usaha untuk menangkap haiwan tersebut. Setakat ini, tiada perkembangan kerana tidak menemui kumpulan beruk itu namun, pemantauan akan dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya