Sarawak tertinggi biarpun kes bawah 300 - Noor Hisham

Sarawak tertinggi biarpun kes bawah 300

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes sembuh Covid-19 iaitu 1,377 kes yang mengatasi kes positif iaitu 1,178 kes. 

Sebanyak enam kematian dan enam kluster direkodkan manakala kes aktif menunjukkan penurunan iaitu 14,399 kes berbanding semalam iaitu 14,604 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 163 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Sarawak kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 238 kes mengatasi Selangor, 237 kes; Pulau Pinang, 190 kes; Johor, 165 kes dan Kuala Lumpur, 101 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iaitu Sabah, 86 kes; Negeri Sembilan, 34 kes; Kedah, 32 kes; Melaka, 31 kes; Kelantan, 27 kes dan Pahang, 14 kes. 

“Melaka pula, sembilan kes; Labuan, tujuh kes; Terengganu, enam kes; Putrajaya, satu kes dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, enam kes kematian melibatkan dua kes di Sarawak, serta masing-masing satu kes di Johor, Kelantan, dan Sabah yang mencatatkan lima kes warga tempatan dan satu warga asing. 

“Tiga lelaki dan tiga wanita termasuk seorang warga asing berusia antara 54 hingga 81 tahun yang kesemuanya mempunyai pelbagai latar belakang penyakit. 

“Antara penyakit yang dikesan ialah kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, gout, jantung, asma, buah pinggang kronik dan strok,” katanya. 

Mengulas mengenai enam kluster baharu, beliau berkata, ia melibatkan lima kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Katanya, lima kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Sungai Ramal di Hulu Langat, Selangor,15 kes dan Kluster Bukit Serdang melibatkan Hulu Langat dan Petaling, Selangor,29 kes positif.

“Tiga lagi, Kluster Jalan Teluk Kumbar di Barat Daya  Pulau Pinang,12 kes serta Kluster Kait Gading di Batu Pahat, Johor,65 kes dan Kluster Jalan Permas Cetak di Johor Bahru, Johor,  sembilan kes. 

“Bagi satu kluster komuniti iaitu Kluster Taman Emas di Lipis, Pahang, 16 kes positif,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya