Ribut petang rosakkan beberapa rumah di Kampung Tasek

Ribut petang rosakkan beberapa rumah di Kampung Tasek

KEADAAN rumah yang rosak dan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas akibat ribut di kawasan Tasek, Ipoh hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Beberapa buah rumah di Kampung Tasek di sini rosak teruk dalam kejadian ribut petang ini.

Tinjauan mendapati atap rumah penduduk di kampung berkenaan diterbangkan angin kencang yang berlaku ketika hujan lebat dalam kejadian pada kira-kira pukul 4 petang.

Difahamkan, seorang penduduk di Kampung Tasek mengalami kecederaan akibat terkena renjatan elektrik dan dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menerima beberapa panggil mengenai kejadian pokok tumbang yang merentangi jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas berhampiran Kampung Tasek.

JBPM negeri dalam kenyataannya berkata, kejadian pokok tumbang dilaporkan di Persiaran Tasek Timur 3 Taman Ria, Dataran Tasek Timur 9 Taman Bercham Maju dan berhampiran stesen minyak Shell lebuh raya hala ke Ipoh.

“JBPM menerima panggil mengenai beberapa kejadian pokok tumbang akibat ribut pada pukul 4.45 petang.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong dahan pokok dan mengalihkannya dari jalan raya,” kata kenyataan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya