Orang KL tak minat bola? - Utusan Malaysia

Orang KL tak minat bola?

PEMAIN Kuala Lumpur City sudah bersedia untuk menerima kunjungan Sabah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika 2,000 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) berpusu-pusu dan sanggup menunggu hampir empat jam di dalam kereta demi mendapat kebenaran masuk ke stadiu, namun sebaliknya berlaku kepada Kuala Lumpur City (KL City) City.

Setakat semalam, hanya 20 peratus tiket telah terjual daripada 1,450 keseluruhan untuk aksi Liga Super melibatkan pasukan itu menentang Sabah di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.

Keadaan tersebut sekali gus menimbulkan persoalan ke mana perginya penyokong skuad The City Boys sedangkan pasukan mereka sudah berwajah baharu musim ini.
Selain lebih setahun tidak ke venue perlawanan, KL City juga berjaya beraksi semula di pentas Liga Super setelah semusim berada dalam Liga Perdana, namun semua itu belum dapat mengujakan penyokong mereka.

“Esok (hari ini) penonton akan dapat merasai semula kehangatan bola sepak di ­stadium selepas lebih setahun tidak dibenarkan masuk.

“Diharap semua penonton mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan dan sama-sama kita menjaganya dengan baik,” kata Ketua Pegawai Operasi KL City, Stanley Bernard ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

STANLEY BERNARD

Dua perlawanan Liga Super iaitu pertemuan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang ­Melaka United semalam, dan KL City bertemu Sabah dijadikan projek perintis bagi kemasukan penonton dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kedua-dua perlawanan tersebut penting untuk menentukan apakah saingan Liga M selepas ini boleh mendapat kelulusan membawa masuk penonton ke stadium.

Perlawanan itu akan digunakan sebagai proses penilaian oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Mengulas lanjut, Stanley mengharapkan akan ada pe­ningkatan penyokong KL City ke stadium pada perlawanan seterusnya dengan sasaran sebanyak 1,000 penonton.

“Saya rasa, 20 peratus itu amaun yang logik bagi KL City. Apa pun kami akan berusaha meningkatkan keyakinan penyokong untuk hadir ke stadium.

“Kami sasarkan 1,000 penyokong kerana kami masih dalam peringkat untuk ­me­yakinkan mereka,” kata Stanley.

Selepas mengharungi lima perlawanan, KL City kini me­nduduki tangga keenam liga dengan mengumpul tujuh mata, dua mata mengatasi jiran mereka, Selangor yang dianggap gergasi liga tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.