Lepas 'gian' selepas setahun tidak ke stadium - Utusan Malaysia

Lepas ‘gian’ selepas setahun tidak ke stadium

SEMUA Penyokong berharap mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk sekurang-kurangnya minum di dalam stadium.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mula membanjiri perkarangan Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri seawal pukul 6 petang bagi menyaksikan perlawanan JDT bertemu Melaka United, malam ini.

Bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penonton, pihak pengurusan JDT dilihat menempatkan kira-kira 100 anggota bagi memantau keadaan kawalan pergerakan di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Antara pihak yang dilihat memantau disetiap penjuru dan sekitar kawasan stadium adalah Marshall, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta
Bubble Volunteer daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Penyokong JDT yang pertama tiba ke stadium, Daing pelawa Abdul Majid, 34, tidak dapat menyembunyikan keterujaan apabila kembali dapat menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium.

Katanya, sebagai persiapan bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dia turut membawa cecair pembasmi kuman serta pelitup muka untuk digunakan.

“Saya merasa cukup teruja apabila sudah boleh kembali ke stadium sekali gus mengubat kerinduan sebagai penyokong setia.

“Saya berharap semua, penyokong yang hadir ke stadium malam ini dapat mematuhi SOP dan menjaga penjarakkan untuk membuktikan pematuhan dapat dibuat,” katanya yang memegang pas bermusim emas.

SEBAHAGIAN penyokong JDT beratur sebelum memasuki stadium dengan mematuhi SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Menurut penyelia kelab penyokong JDT, Boys Of Strait (BOS), Al Malik Al haj, 50, penyokong yang datang daripada pelbagai daerah tidak mempunyai masalah untuk mematuhi SOP ketika masuk ke stadium.

“Kepuasan kembali menjejakkan kaki setelah lebih setahun perlawanan berlangsung tanpa penyokong tidak ubah seperti kerinduan yang terubat.

“Kita sudah memberitahu semua budak BOS untuk mematuhi SOP sejak turun dari bas lagi. Kita juga tegas dalam soal ini, jika tak patuh mereka akan dihalang memasuki stadium selepas ini,” ujarnya.

Bagi Nor Shazrin Nor Samsudin, 36, norma baharu untuk menonton perlawanan agak berbeza namun tidak mematahkan semangat penyokong untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan.

SEORANG penyokong JDT melakukan imbasan suhu sebelum mamasuki stadium. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

“Memandangkan kami akan bersorak sepanjang perlawanan, kami akan memakai pelindung muka sepanjang perlawanan untuk lebih mudah bersorak.

“Walaupun duduk berjarak antara satu sama lain, tidak memadam semangat kami untuk memberi sokongan. Gendang dan dram yang biasa digunakan turut disanitasi terlebih dahulu,” katanya.

Penonton yang terdiri daripada pemegang pas bermusim dilihat memakai pelitup hidung dan mulut, cecair sanitasi tangan serta perlu beratur dengan jarak satu meter sebelum dibenarkan memasuki stadium.

Mereka juga perlu mengimbas QR Code MySejahtera dan QR Code (pas masuk) sebelum dibenarkan memasuki pintu masuk untuk ke tempat duduk.

Pihak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga dalam masa sama dilihat turut hadir bagi melihat sendiri SOP penonton yang hadir perlawanan malam ini.

Selain perlawanan JDT berdepan Melaka United FC pada 2 April, hari ini, satu lagi perlawanan iaitu Kuala Lumpur City FC menentang Sabah FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, esok dijadikan projek perintis atau perlawanan percubaan bagi kemasukan penonton musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya