IMBRT mampu tingkat penggunaan pengangkutan awam

IMBRT mampu tingkat penggunaan pengangkutan awam

ANTARA bas IMBRT yang memulakan ujian rintis sebelum pengoperasian yang dijangka pada 2023 membabitkan 2,051 km liputan rangkaian ketika pelancaran di Iskandar Puteri, Johor. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Pelaksanaan projek Iskandar Malaysia Bas Rapid Transit (IMBRT) dijangka mampu meningkatkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam kepada 90 peratus menjelang 2025.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, ini kerana IMBRT mempunyai kelebihan seperti ketepatan jadual perjalanan, keselesaan pengangkutan serta menggunakan teknologi hijau.

Katanya, IMBRT yang dijangka beroperasi pada 2023 juga menjadi pelengkap jajaran Sistem Rapid Transit (RTS) daripada Bukit Chagar ke Woodland yang akan beroperasi akhir tahun 2026.

“Saya yakin IMBRT berada di landasan yang tepat. Apabila kita mempunyai RTS, ia bukan hanya dapat selesaikan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua tetapi dapat memberi peluang dengan keupayaan RTS untuk membawa 10,000 penumpang setiap jam.

“Maka itu, sistem bas rapid transit menjadikan operasi RTS lebih berkesan dan bermakna kepada pengguna atau penduduk kawasan Johor Bahru dan Johor secara amnya,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran ujian rintis IMBRT, di sini hari ini.

IMBRT dijangka mempunyai liputan rangkaian sepanjang 2,051 kilometer (km) terdiri daripada 63 km (Trunk Line), 1,247 km (Direct Line) dan 741 km (Feeder Line) yang membabitkan pelbagai laluan.

Tiga laluan utamanya membabitkan kawasan Iskandar Puteri, Skudai dan Tebrau dengan 33 stesen serta sebuah terminal utama dijangka mula dibina menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Hasni berkata, kempen kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat terhadap perkhidmatan IMBRT perlu dilakukan bagi menarik minat mereka untuk menggunakan pengangkutan awam itu.

Menurutnya, pengangkutan awam sedia ada juga perlu ditambah baik dari beberapa sudut antaranya ketepatan jadual perjalanan bas tiba ke stesen, keselamatan serta harga tambang yang dikenakan.

“Dalam soal sambutan dan penerimaan umum, kita akan beri penekanan kepada IMBRT dan mengadakan kempen kesedaran dalam memberi pendedahan kepada masyarakat. Sama ada bas Muafakat ataupun pengangkutan awam yang ada, kita tahu banyak ruang untuk penambahbaikan, perkara itu dalam pertimbangan dan perancangan apabila IMBRT dibangunkan,” katanya. 

Dalam pada itu, Ismail berkata, IMBRT akan meningkatkan peralihan modal pengangkutan awam daripada 15 peratus kepada 40 peratus.

“IMBRT diperkenalkan untuk memberikan rakyat Johor sebuah sistem pengangkutan awam yang lebih dipercayai serta dapat membantu mempercepat pertumbuhan sosio ekonomi di rantau ini.

“Ia juga bertujuan meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat secara keseluruhan. Menitik beratkan sistem yang efisien, efektif, mampu biaya, kos senggara yang rendah dan kos pembinaan yang munasabah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya