Freeport A'Famosa Outlet tawar diskaun sehingga 90 peratus 

FAO tawar diskaun sehingga 90 peratus 

FAO menawarkan diskaun sehingga 90 peratus sempena kempen Promosi Shopp@Melaka bermula 19 April sehingga 12 Mei depan. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kira-kira 80 buah kedai pelbagai jenama terkenal di pusat beli-belah Freeport A’Famosa Outlet (FAO) menawarkan diskaun sehingga 90 peratus sempena kempen Promosi Shopp@Melaka anjuran Bahagian Promosi Pelancongan (BPP). 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kempen itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri untuk merancakkan kembali industri belah-belah dalam negara.

Beliau berkata, pengunjung boleh mendapatkan harga runtuh di bawah promosi ‘Ramadan Shop & Redeem’ bermula 19 April sehingga 12 Mei depan.

“Sempena kempen ini, FAO menawarkan diskaun sehingga 90 peratus, yang saya kira adalah peluang terbaik untuk para pengunjung singgah dan membeli-belah barangan persiapan sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri akan datang. 

“Kira-kira 80 buah kedai pelbagai jenama mengambil bahagian dalam kempen ini. Dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM250 di dalam dua resit, pengunjung juga akan menerima satu ‘FAO Green Packet’ dan ‘FAO Care Set’,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Kempen Promosi Shopp@ Melaka di FAO di sini, hari ini.

Tambahnya, bagi pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 di dalam dua resit pula bakal menerima satu baucar bufet Ramadhan termasuk tiket masuk ke Firefly Magical Show yang bernilai RM79. 

Ujar Jailanani, pihaknya juga sedang berusaha untuk melibatkan lebih banyak pusat beli-belah menyertai kempen tersebut termasuk Aeon Bandaraya Melaka, Dataran Pahlawan dan The Shore Shopping Gallery. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya