Sanusi yakin Kedah mampu juarai Sumbangsih - Utusan Malaysia

Sanusi yakin Kedah mampu juarai Sumbangsih

PEMAIN Kedah Darul Aman melakukan persiapan akhir sebelum berdepan JDT malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Bola Sepak (KFA), Muhammad Sanusi Md. Nor yakin Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mampu meraih kemenangan dalam pertemuan menentang Johor Darul Takzim (JDT) untuk merebut Piala Sumbangsih, malam esok.

Menurutnya, pertemuan bersama barisan jurulatih dan pemain semalam menampakkan betapa mereka bersemangat tinggi dalam menjalani latihan bagi menghadapi saingan musim ini.

“Insya-Allah, saya ramalkan Kedah menang. Kalau 1-0 pun tak mengapa kerana matlamat kita menghadapi perlawanan itu untuk menang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Besar berkata, KFA memberi sepenuh kepercayaan kepada jurulatih untuk membentuk dan menentukan taktikal pasukan.

“Pada masa ini, saya lihat para pemain dan jurulatih bersiap berjuang di padang untuk mencapai kemenangan,” katanya

Pada masa sama, katanya, beliau mengharapkan supaya para penyokong dapat terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan.

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR

Sementara itu, Muhammad Sanusi memberitahu, isu tunggakan gaji yang sebelum ini berlegar di media sosial, kini sudah pun diselesaikan.

“Ceritanya bukan kita tak mahu bayar. Sebenarnya sebelum ini apabila kita setuju untuk pengambil alihan KDA FC oleh sebuah syarikat bagi musim ini, syarikat itu sepatutnya usahalah untuk penuhi perkara tersebut.

“Kita tunggu, tapi mereka tak bayar. Selepas batal urusan itu, maka semua bayaran telah kita lunaskan,” katanya.

Ditanya dakwaan yang tersebar di media sosial mengenai kemungkinan KDA FC tidak dapat beraksi pada Piala AFC kerana terdapat tunggakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang masih belum dilunaskan, Muhammad Sanusi turut menafikan dakwaan tersebut.

“Sebelum ini kita sudah pun memperolehi lesen AFC setelah mendapat pelepasan dari LHDN yang membenarkan KFA menjadualkan pembayaran. Namun baru-baru ini, datang pula tuntutan bayaran cukai melibatkan dua pemain yang tidak lagi beraksi bersama Kedah dengan nilai lebih RM1 juta.

“Tuntutan itu tidak dibuat semasa pengurusan sebelum ini sebaliknya datang kepada pengurusan baharu. Kita akan selesaikan jugalah tuntutan mereka itu namun perkara itu tidak langsung mengganggu sebarang urusan kita berkaitan penyertaan dalam Piala AFC,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya