Rakyat Malaysia di belakang Zii Jia - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia di belakang Zii Jia

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berharap perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dapat mengulangi pencapaian cemerlangnya di separuh akhir kejohanan badminton All England, malam ini.

Reezal Merican dalam satu status di laman Facebook menyatakan rasa bangga terhadap kecemerlangan Zii Jia yang berjaya menundukkan juara dunia dua kali, Kento Momota dari Jepun dalam aksi suku akhir kejohanan bertaraf Super 1,000 itu.

“Terbaik Zii Jia, satu pencapaian yang hebat! Andalah super hero Malaysia hari ini (semalam).

“Selepas tujuh kali pertemuan, akhirnya berjaya menewaskan Kento Momota, jaguh badminton No.1 dunia. Saya kagum dengan semangat yang dipamerkan dan saya bangga dengan kemenangan ini.

“Sentiasa percaya dengan kebolehan diri dan teruskan usaha pada peringkat separuh akhir. Seluruh rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan untukmu, Zii Jia,” katanya dalam media sosial.

LEE Zii Jia ketika menentang Kento Momota semalam.

Zii jia dijadual berdepan pemain Belanda, Mark Caljouw bagi merebut slot final esok dengan rekod pertemuan sebelum ini berpihak kepada pemain berusia 23 tahun itu.

Seandainya berjaya melepasi halangan itu, pemain kelahiran Alor Setar itu berkemungkinan besar akan berdepan cabaran bekas juara dunia dari Denmark, Viktor Axelsen bagi merebut kejuaraan pertamanya tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya