Perjalanan Aaron-Wooi Yik masih panjang - Utusan Malaysia

Perjalanan Aaron-Wooi Yik masih panjang

AARON CHIA-SOH WOOI YIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik enggan terlalu gembira dengan kemenangan pertama mereka di kejohanan badminton Terbuka Switzerland dan menyifatkan perjalanan mereka masih panjang.

Pilihan utama kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 300 itu tidak berdepan masalah menyingkirkan pasangan New Zealand, Oliver Leydon Davis-Abhinav Manota 21-13, 21-15 untuk mara ke pusingan kedua.

“Perlawanan pertama kami ini sangat baik walaupun ada sedikit tekanan kerana kami merupakan pemain pilihan dalam kejohanan kali ini.

“Memang kami sudah bersedia untuk beraksi di kejohanan ini dan kami akan memberi tumpuan terhadap satu demi satu perlawanan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pasangan beregu lelaki muda negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong turut cemerlang melangkah ke pusingan kedua dengan menewaskan pasangan Belanda, Ruben Jille-Ties Van Der Lecq 21-16, 16-21, 21-16.

“Perlawanan ini adalah yang pertama selepas lebih setahun tidak beraksi dan kami terpaksa mengubah sedikit corak permainan kami pada set kedua sebelum menang pada set ketiga,” kata Hang Yee.

Mengiringi mereka ke pusingan kedua ialah Lee Zii Jia, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Pearly Tan-M. Thinaah, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Bagaimanapun, Liew Daren, Soong Joo Ven dan Soniia Cheah gagal meneruskan kemaraan selepas tewas dalam pusingan pertama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.