Peneroka Felda Sungai Behrang tak dapat bayaran dua bulan

Peneroka Felda Sungai Behrang tak dapat bayaran dua bulan

AZIRUL SYAFIQ SAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Peneroka Felda Sungai Behrang dekat Tanjung Malim dikatakan tidak menerima bayaran daripada pihak pengurusan lebih dua bulan.

Ketua Armada Tanjung Malim, Azirul Syafiq Sazali berkata, keadaan itu mengecewakan para peneroka yang terlibat setelah masalah itu diadukan kepada pihak pengurusan.

Menurutnya, ini secara tidak langsung ia memberi kesan buruk terhadap kewangan, simpanan dan perbelanjaan para peneroka yang terlibat.

“Sejak kebelakangan ini ramai dalam kalangan peneroka Felda Sungai Behrang menyatakan kekecewaan dan pelbagai rungutan akibat kelewatan bayaran sehingga mengambil masa lebih dua bulan.

“Amat mengecewakan apabila pendapatan peneroka tidak dilunaskan sehingga tunggakan bayaran melebihi tempoh dua bulan oleh pihak pengurusan.

“Sehubungan itu pihak pengurusan Felda Sungai Behrang perlu peka dan percepatkan bayaran peneroka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hak bagi setiap pendapatan peneroka perlu diberi keutamaan dan sentiasa bertanggungjawap di atas segala pengurusan tanpa menjejaskan kehidupan harian yang perlu ditampung oleh kebanyakan keluarga peneroka. 

Katanya, perkara seperti ini seharusnya tidak boleh berlaku pada masa kini kerana sistem pembayaran dan pengurusan perlu sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.

“Keluhan peneroka perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan Felda serta mengambil tindakan bagi menangani masalah yang  menjejaskan pendapatan mereka.

“Pihak peneroka dan pengurusan perlu sentiasa bekerjasama dan saling bertolenrasi antara satu sama lain bagi menjamin ekonomi sawit yang stabil bagi sesebuah kawasan Felda,” katanya.

Menurutnya, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) akibat Covid-19, pendapatan rakyat perlu diberi keutamaan bagi menampung sara hidup serta perbelanjaan segala keperluan harian terutama di kawasan luar bandar. 

“Saya amat mengharapkan pihak yang bertanggungjawap dapat menyelesaikan isu tunggakan bayaran serta meredakan kemarahan, keluhan dan kekecewaan seluruh peneroka bagi menyelesai kemelut yang akan memberi kesan terhadap kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.