Penduduk rayu baiki segera paip pecah di Kampung Sri Lukut

Penduduk Kampung Sri Lukut rayu baiki segera paip pecah

KEADAAN paip pembetung yang pecah akibat kejadian banjir baru-baru ini di Kampung Sri Lukut di Kahang, Kluang, Johor. - FOTO/MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Penduduk Kampung Sri Lukut di Kahang di sini berharap pihak berkaitan menyegerakan peruntukan untuk membaiki semula pembetung air yang pecah di kampung itu akibat kejadian banjir, baru-baru ini.

Salah seorang penduduk, Mohd. Azhar Mashodi, 42, berkata, mereka bimbang kerana jika dibiarkan lebih lama, kawasan itu berisiko menyebabkan kejadian tidak diingini termasuk meragut nyawa kepada orang luar yang tidak menyedari kewujudan lubang besar di kawasan itu.

“Berlaku sedikit gelongsoran tanah di situ dan apabila banjir baru-baru ini menyebabkannya paip dan pembetung air pecah.

“Kejadian banjir itu turut menyebabkan salah satu jalan di kampung kami terputus,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, penduduk difahamkan tender untuk membaiki jalan berkenaan sudah dikeluarkan pihak berkuasa dan berharap kerja-kerja membaiki  dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Ada seorang penduduk luar yang berkahwin dengan orang kampung ini cedera selepas motosikal dinaikinya terjatuh ke dalam lubang berkenaan sebelum ini.

“Jangan sampai ada kejadian tidak diingini berlaku lagi jika pembaikan jalan berkenaan tidak dilakukan dengan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya