Mandur maut terjatuh dari lori simen setinggi dua meter

Mandur maut terjatuh dari lori simen

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang mandur di sebuah tapak pembinaan bangunan pejabat lima tingkat di sini, maut selepas terjatuh dari ketinggian hampir dua meter ketika sedang memanjat tangga pada lori pengadun konkrit semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, lelaki warga tempatan, Cheng Chee Keong, 58, cedera selepas terjatuh ketika mahu memeriksa kualiti konkrit di dalam mesin pengadun. 

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir. Zamzurin Maarof berkata, mangsa yang cedera di kepala dan muka itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.

Katanya, susulan kejadian itu, sepasukan pegawai penyiasat JKKP Perak telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa merupakan mandur di tapak pembinaan berkenaan.

“Ketika kejadian, mangsa sedang memanjat tangga pada lori pengadun konkrit untuk memeriksa kualiti konkrit di dalam pengadun sebelum terjatuh pada ketinggian hampir dua meter,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan siasatan tersebut, pihaknya mengarahkan aktiviti kerja di tapak pembinaan dihentikan sehingga siasatan lengkap dijalankan dan tindakan penambahbaikan dibuat oleh majikan.

Katanya, tindakan perundangan juga akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran di bawah peruntukan  Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. 

“JKKP sememangnya memandang serius setiap kemalangan melibatkan pekerja mahupun orang awam. 

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya, membuat analisis risiko dan seterusnya  mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya