fbpx

Zii Jia tersingkir awal

KUALA LUMPUR: Minggu lalu dia mara ke suku akhir, namun hari ini nasib Lee Zii Jia lebih malang apabila tersingkir di pusingan pertama badminton Terbuka Thailand.

Tambah mengecewakan, perseorangan lelaki No. 1 negara itu sudah berada pada kedudukan selesa untuk mengalahkan wakil India, Sameer Verma apabila mendahului 21-18, 17-6.

Zii Jia membenarkan Sameer bangkit memenangi set kedua 27-25 untuk saingan diheret ke set penentuan.

Perlawanan berlangsung sengit, namun Zii Jia terpaksa akur dengan kekalahan 19-21 kepada pemain yang menghuni ranking ke-31 dunia itu.

Sementara itu, perseorangan wanita negara, Soniia Cheah akan turun beraksi sebentar lagi menentang wakil Korea Selatan, Sung Ji Hyun bagi memburu slot ke pusingan kedua, sebentar lagi.

Beregu lelaki profeional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin akan turun menentang Nipitphon Phuangphuapet-Tanupat Viriyangkura manakala gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai akan berdepan pasangan Perancis, Ronin Labar-Anne Tran, di sebelah malam.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN