fbpx

20 Mei 2022, 2:39 am

  TERKINI

Proklamasi darurat bukan rampasan kuasa tentera – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan proklamasi darurat diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bukan suatu bentuk rampasan kuasa tentera atau penguatkuasaan perintah berkurung.

Perdana Menteri berkata, dari segi pentadbiran kerajaan, jemaah menteri dan majlis mesyuarat kerajaan negeri-negeri  akan terus berfungsi mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Saya beri jaminan jentera pentadbiran dan perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini.

“Sepanjang tempoh ini, jika Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa  ada hal-hal keadaan tertentu yang menyebabkan perlu buat baginda mengambil tindakan serta-merta, maka baginda boleh memasyhurkan apa-apa Ordinan Darurat mengikut keadaan semasa,” katanya dalam perutusan khas darurat di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, Ordinan Darurat untuk meningkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam akan dimasyhurkan Yang di-Petuan Agong jika keadaan memerlukan.

Menurut beliau, sepanjang  tempoh tersebut Plihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan.

Selain itu, jelas beliau, Parlimen dan DUN juga tidak akan bersidang sehingga satu tempoh ditetapkan.

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI