fbpx

8 Mac 2021, 4:53 pm

  TERKINI

Jurulatih ‘gila seks’ dipenjara 18 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VERSAILLES: Tindakan seorang jurulatih tenis merogol empat gadis berusia antara 12 hingga 17 tahun dan digelar sebagai ‘guru’ yang melayan mangsanya seperti hamba seks telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun oleh mahkamah Perancis.

Andrew Geddes, 53, melakukan perbuatan terkutuk itu ketika bersama dua kelab tenis di Utara Paris, bermula tahun 2000 dan antara 2009 serta 2014.

Mahkamah diberitahu mangsa pertamanya hanya berusia 12 tahun apabila dia bertemu Geddes pada 1999 dan memberitahu dia dirogol dan diserang secara seksual hampir 400 kali atau selama dua tahun, sehingga berusia 14 tahun.

Perkara sama juga berlaku kepada tiga mangsa lain yang berusia antara 15 hingga 17 tahun ketika di bawah bimbingan Geddes.

Mangsa berkata, Geddes memaksa mereka memutuskan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan dengan menjadikan mereka mangsa serangan keganasan seks yang dilakukan di dalam kereta, bilik persalinan atau ketika sesi latihan.

Mahkamah yang mendengar rayuan Geddes selepas dijatuhi hukuman penjara 18 tahun berkata, semua mangsa menjadi hamba seks oleh Geddes yang digelar ‘guru’.

Geddes memberitahu mahkamah kenyataan yang dilakukan oleh setiap mangsa menyebabkan dirinya seperti sampah.

Dia juga mengakui sedar akan kesalahannya selain perkara terkutuk yang pernah dilakukan. – AFP