fbpx

JDT memang kelas dunia

Pusat Medikal dan Kecergasan baharu di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus berada dalam kelas tersendiri apabila melancarkan Pusat Perubatan dan Kecergasan di Pusat Latihan Seri Gelam, semalam.

Pelancaran secara maya menerusi siaran video oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memperkenalkan kemudahan dan kelengkapan di pusat berkenaan dan ia yang pertama di Asia Tenggara, selain pegawai perubatan dan pakar fisioterapi dilantik sepenuh masa.

Kewujudan pusat perubatan berkenaan membuktikan betapa JDT sentiasa ingin meneruskan usaha untuk muncul peneraju utama di rantau Asia Tenggara terutama dari aspek infrastruktur, kejayaan dalam padang, inovasi, jenama dan pembangunan.

Walaupun dilengkapi dengan kemudahan fasiliti terbaik, penambahan infrastruktur terbaharu yang terdapat di JDT itu sekali gus menyaksikan peralatan baharu dan kepakaran untuk memastikan setiap pemain skuad Harimau Selatan berada pada tahap optimum.

Tunku Ismail berkata, kemudahan dan fasiliti terbaik menjadi keutamaan kerana memberi kesan dalam jangka masa panjang terutama untuk proses pemulihan pemain dan ia penting agar pemain sentiasa berada di tahap permainan yang terbaik.

“Kami ingin menyediakan kemudahan dan fasiliti terbaik untuk pemain kami. Ini termasuk fasiliti serta peralatan rehabilitasi dan pemulihan agar setiap pemain dapat memberikan prestasi yang terbaik.

“JDT sebuah kelab yang bercita-cita untuk sentiasa meletakkan penanda aras dan meningkatkan standard… bukan sahaja dalam negara, tetapi juga luar negara. Kemudahan fasiliti dan kejayaan kami akan terus membina profil JDT dan membawa manfaat untuk masa depan,” kata Tunku Ismail.

Pusat Perubatan dan Kecergasan itu bakal dilengkapi dengan ‘juice bar’ untuk minuman dan makanan sihat, dua mesin baharu ‘Infrared Sauna’, ‘Functional Trainers’, ‘Smith Machines’ dan peralatan medikal seperti mesin ‘Echocardiogram’ dan alatan untuk terapi asid Hyaluronic dan ‘platelet-rich plasma’.

Hab ini juga turut mempunyai ‘indoor running surface’ yang diperbuat daripada ‘high-density polyethylene’ dan diperkukuh dengan getah untuk mengurangkan impak kepada sendi.

Peralatan ini adalah tambahan kepada mesin terapi oksigen dan hidrogen serta pelbagai lagi peralatan gimnasium dan medikal yang sudah dibeli sebelum ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI