fbpx

8 Mac 2021, 6:13 pm

  TERKINI

2 wakil Malaysia ke suku akhir Terbuka Thailand

CHAN Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying mengetuai kemaraan pemain Malaysia ke suku akhir Terbuka Thailand di Bangkok hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua wakil negara berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Thailand, sebentar tadi.

Pasangan beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin menjadi wakil pertama layak ke suku akhir kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 1,000 dengan menyingkirkan wakil Amerika Syarikat (AS), Philip Chew-Ryan Chew 21-9, 21-12.

Kejayaan itu menyaksikan mereka bakal berdepan cabaran pilihan keenam dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.

Turut mara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menewaskan pasangan Belanda, Robin Tabeling-Selena Piek 21-18, 21-13.

Keputusan itu menyaksikan Peng Soon-Liu Ying akan berdepan pilihan utama yang juga wakil tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang menewaskan Goh Soon Huat-Shevon Lai 20-22, 21-18, 21-12.

Terbuka Thailand yang juga kejohanan pertama tahun ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$1 juta (RM4.04 juta).