Warga emas rugi RM6,200 ditipu individu menyamar anak saudara - Utusan Malaysia

Warga emas rugi RM6,200 ditipu individu menyamar anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUANTAN: Seorang warga emas kerugian RM6,200 apabila menjadi mangsa penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai anak saudaranya dalam kejadian Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek memaklumkan telefon bimbit serta dompetnya hilang dan telah menukar nombor telefon baharu.

Menurutnya, suspek meminta untuk meminjam wang daripada mangsa kerana menghadapi masalah menjelaskan bayaran kepada pembekal barang perniagaannya.

“Pada 19 Disember, lelaki warga emas itu memasukkan wang ke dalam dua akaun berbeza berjumlah RM6,200.

“Selepas beberapa hari (semalam), mangsa memaklumkan kepada bapa mertua anak saudaranya itu tentang wang yang dipinjam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Mohd. Wazir, anak saudaranya itu bagaimanapun menafikan pernah menghubungi mangsa untuk tujuan meminjam wang.

Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya