Telefon bimbit, aksesori tiruan RM15,000 dirampas - Utusan Malaysia

Telefon bimbit, aksesori tiruan RM15,000 dirampas

PEGAWAI Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor menunjukkan telefon bimbit dan aksesori tiruan di salah sebuah stor di kompleks beli-belah, Jalan Pasar Klang, Selangor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tindakan empat lelaki menjual pelbagai jenis telefon bimbit dan aksesori tiruan dalam talian sejak tiga bulan lalu membawa padah apabila stor penyimpanan barangan itu diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor di sebuah kompleks beli-belah di Jalan Pasar, Meru di sini semalam. 

Serbuan menerusi Op Jala yang turut disertai anggota Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan empat  wakil pemilik cap dagang kira-kira pukul 3 petang itu merampas pelbagai jenis barangan dianggarkan bernilai RM15,000.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya menyerbu empat stor yang beroperasi sebagai pusat simpanan pelbagai barang tiruan selepas membuat  intipan sejak dua minggu lalu.

“Ketika serbuan dijalankan, pasukan menemukan sejumlah telefon bimbit jenama Samsung dan Huawei (13 unit), ear phone jenama Huawei, Samsung dan Apple (140 unit), airpods jenama Apple dan Beats (205 unit), power box jenama Beats (181 unit) dan Bluetooth jenama Samsung (23 unit). 

“Kita percaya individu tersebut menjadikan kompleks ini sebagai stor dan pusat pengedaran telefon bimbit serta aksesori yang beroperasi secara dalam talian di laman platform perniagaan terkenal di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, berdasarkan keterangan awal daripada empat individu ditemukan di lokasi, mereka mengaku sebagai pemilik perniagaan dan barangan yang disita. 

“Siasatan mendapati telefon bimbit tersebut diperoleh dari China dan dijual pada harga kira-kira RM180 hingga RM200 manakala aksesori telefon yang lain pula dijual pada harga RM10 sahaja. 

“Pemilik berkenaan menjalankan perniagaan sejak tiga bulan yang lalu dan mengakui permintaan yang tinggi daripada pelanggan dalam talian mendorong mereka berbuat demikian,” ujarnya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya