Khairil Nizam kini Senator - Utusan Malaysia

Khairil Nizam kini Senator

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda Pas, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim sebentar tadi.

Khairil Nizam, 41, berkelulusan sarjana muda dan sarjana dari Universiti Teknologi Petronas adalah lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong.

Minggu lalu, Timbalan Pengerusi MCA Melaka, Senator Datuk Koh Nai Kwong dan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian juga mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.

Nai Kwong, 59, adalah pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka manakala Jaziri Alkaf pula lantikan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad turut dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu dalam persidangan kali ini.

Mohamad Ali, 56, adalah calon tunggal yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya