Aplikasi Waktu Solat Malaysia jadi alternatif pengguna - Utusan Malaysia

Aplikasi Waktu Solat Malaysia jadi alternatif pengguna

Pengguna mula beralih kepada aplikasi Waktu Solat Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aplikasi Waktu Solat Malaysia menjadi alternatif sumber utama untuk mendapatkan waktu solat dan arah kiblat setelah tular mengenai isu aplikasi Muslim Pro yang didakwa menjual data kepada pihak ketiga.

Selain sebagai peringatan waktu solat dan arah kiblat, aplikasi Waktu Solat Malaysia mempunyai kandungan-kandungan berkualiti seperti cara mengambil wuduk, niat solat, doa solat dan jenis-jenis solat.

Untuk makluman anda, segala sumber maklumat dan data diperolehi daripada E-solat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Malah, aplikasi yang dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat tempatan, REV Media Group ini boleh dimuat turun dan digunakan di seluruh dunia kerana ia mempunyai tetapan perubahan lokasi secara automatik.

Terdapat 12 fungsi utama yang mesra pengguna dalam aplikasi Waktu Solat Malaysia

Aplikasi mesra pengguna ini mempunyai 1.8 juta pengguna aktif bulanan dengan lebih daripada 5.8 juta muat turun serta meraih nombor 1 dalam Carta Gaya Hidup. Malah, terdapat lebih 8000 muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia dalam tempoh sebulan.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia ini bebas dari segala tindakan jualan yang melibatkan data-data para penggunanya.

Oleh itu, pengguna aplikasi ini tidak perlu ragu dan risau akan sebarang keselamatan data dari penggunaan aplikasi ini.

Waktu Solat Malaysia boleh dimuat turun dari menerusi App Store dan Google Play.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya