Pelepasan gas rumah hijau turun - Utusan Malaysia

Pelepasan gas rumah hijau turun

Sekatan pandemik Covid-19 yang dilaksanakan menyaksikan penurunan pelepasan gas rumah hijau. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Beberapa sekatan yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 menyaksikan penurunan pelepasan gas rumah hijau yang tidak pernah terjadi pada separuh pertama 2020.

Menurut pakar, jumlah itu lebih besar berbanding krisis kewangan 2008 bahkan Perang Dunia Kedua.

Pasukan penyelidik antarabangsa berkata, setelah perintah berkurung dilaksanakan bagi memerangi gelombang pertama Covid-19, kadar pelepasan karbon dioksida (CO2) daripada pengangkutan, bekalan tenaga elektrik dan penerbangan didapati semakin merosot.

Katanya, kadar penurunan pelepasan mencatatkan 8.8 peratus dari tahun ke tahun, sekali gus merupakan jumlah terbesar pernah direkodkan dalam sejarah moden.

Ia berdasarkan beberapa data termasuk penghasilan elektrik setiap jam, lalu lintas kenderaan dari lebih 400 bandar di seluruh dunia, penerbangan penumpang harian serta pengeluaran dan penggunaan bulanan.

Para penyelidik turut mencadangkan beberapa langkah asas yang boleh diambil untuk menstabilkan iklim global ketika kebanyakan negara berusaha pulih daripada krisis ekonomi akibat wabak Covid-19.

Pakar bagaimanapun memaklumkan kadar pelepasan pulih ke tahap biasa pada Julai lalu apabila sebahagian besar negara telah melonggarkan sekatan bagi mengekang penularan virus tersebut.

Zhu Liu dari Jabatan Sains Sistem Bumi di Universiti Tsinghua, Beijing menyifatkan kajian itu amat tepat dan mengambil kira kesan pandemik terhadap pelepasan tersebut.

“Kami berjaya mendapat gambaran keseluruhan yang lebih cepat dan tepat termasuk jangka masa yang menunjukkan impak penurunan pelepasan dengan perintah berkurung dilaksanakan di setiap negara,” kata ketua kajian yang disiarkan dalam jurnal Nature Communications.

Pasukan penyelidik itu turut mendapati pelepasan CO2 daripada pengangkutan menurun sebanyak 40 peratus pada separuh pertama 2020 manakala penghasilan tenaga dan industri pengeluaran masing-masing jatuh 22 peratus dan 17 peratus.

Kini dengan lebih ramai bekerja dari rumah, kajian itu turut menunjukkan penurunan sebanyak tiga peratus dalam pelepasan kediaman. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya