12,885 penduduk Kota Setar disaring - Utusan Malaysia

12,885 penduduk Kota Setar disaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 12,885 penduduk di 28 mukim di daerah ini yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran Kota Setar (Temco) telah melakukan saringan Covid-19 sejak Jumaat lalu hingga kelmarin.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang berkata, saringan dilakukan ke atas penduduk yang menjadi kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

“Selain itu, mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti serta bergejala turut disaring supaya pengesanan awal boleh dibuat bagi membendung penularan wabak  lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut beliau, proses saringan diteruskan dan dianggarkan 15,000  hingga 20,000 penduduk akan disaring sepanjang tempoh Temco di Kota Setar yang bermula Jumaat lalu hingga 25 September ini.

“Keputusan saringan akan diketahui dalam tempoh tiga hari atau 72 jam yang mana individu didapati positif akan dihubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.

“Bagi  individu yang tidak dihubungi selepas 72 jam, diminta untuk terus mengamalkan norma baharu,” ujarnya.

Tambahnya, JKN mendapati kebanyakan kes jangkitan Covid-19  berpunca daripada masyarakat yang alpa mengenai amalan norma baharu tersebut. 

“Justeru JKN Kedah ingin menasihatkan orang ramai agar melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing dalam memerangi penularan Covid-19  dengan kekal patuh kepada prosedur operasi standard,” katanya.

Sebarang maklumat berkaitan Covid-19 boleh merujuk kepada Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar di talian 019-4053711. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.