Rugi RM181,000 ditipu ejen jualan mata wang asing - Utusan Malaysia

Rugi RM181,000 ditipu ejen jualan mata wang asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang lelaki pemilik syarikat swasta di sini kerugian RM 181,050.09 selepas terpedaya dengan sindiket penjualan mata wang Yen China Renminbe (RMB) semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berumur 42 tahun difahamkan meminta kenalannya mencari ejen yang menjual mata wang Yen China RMB memandangkan amat memerlukannya bagi urusan pembelian bahan mentah perniagaan dari sebuah syarikat yang berpangkalan di negara China.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya berurusan dengan ejen melalui panggilan telefon dan telah meminta pekerjanya membuat pemindahan wang ke akaun sebuah bank tempatan yang diberikan oleh ejen sama. 

“Pekerja mangsa telah memindahkan RM181,050.09 ke akaun bank sebuah syarikat dan seterusnya menghubungi majikannya untuk memaklumkan transaksi berjaya dilakukan. 

“Mangsa kemudiannya menghubungi ejen untuk pengesahan bayaran namun gagal dihubungi dan berasa ditipu lalu meminta pekerjanya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan tawaran jual beli mata wang asing melalui ejen tidak dikenali dan seharusnya berurusan dengan pihak yang mempunyai lesen untuk menjalankan urus niaga tersebut. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya